Azhar ❤️ Farra


Met 👫: early january 2003
Couple 👼🏻: Never declare
Engaged 💍: june 2, 2013
Married ❤️: december 5, 2014
Have a kid 👶🏻: december 26, 2015
👶🏻october 3, 2017
👶🏻may 30, 2019

erti kehidupan berdasarkan pemikiran aku


apa maksud kehidupan? kadang kadang aku pun tak boleh nak cakap apa itu kehidupan. apa yang aku faham tentang kehidupan ini, menimba ilmu tidak kira ilmu dunia mahu pun akhirat. masa untuk kita suka suka dan yang paling penting untuk sesetengah manusia itu pelajari sesuatu perkara yang baru. kadang kadang aku terfikir, apa sebenarnya erti kehidupan. mengapa kita dihidupkan kalau tiada tujuan. betul tak. aku tidak pernah menyoalkan kejadian Allah. pada pendapat aku sendiri, sekiranya Allah tidak menyuruh kita mencari sesuatu yang bernilai dalam dunia ini, tidak mungkin Dia akan mencipta kita kan. mesti ada tujuan kenapa kita diwujudkan diatas muka bumi yang indah ini. Apa yang telah aku rujuk, sedikit sebanyak membuat aku faham sedit demi sedikit tentang kehidupan.


"menurut ahli saintis, kehidupan itu adalah anggapan bahawa selok belok kehidupan dapat ditentukan iaitu alam semesta. oleh sebab itu, makna kehidupan boleh diperolehi melalui pemahaman selok belok alam semesta, termasuknya selok belok badan manusia.-sumber diperoleh dari wikipedia."

pada pendapat aku sendiri, hidup ini perlukan pengorbanan yang besar. ini tidak bererti kehidupan itu amat menyusahkan. semua benda akan jadi senang sekiranya kita mampu memikirkan apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dielakkan. sebagai contoh, kita sedia maklum bahawa, manusia zaman sekarang lebih cetek pemikirannya dari manusia zaman dahulu. kenapa ada yang berani berkata begitu sedangkan manusia dahulu dan sekarang sama Penciptanya. semua manusia memang diciptakan dari pencipta yang sama iaitu Allah yang satu, tetapi, tidak semua manusia yang akalnya diciptakan sama. ada yang kurang pndidikan dan ada pula yang lebih. itu semua bergantung kepada individu itu sendiri.

mereka mampu untuk berfikir jauh dan fikirkan kesan kesan terhadap apa yang mereka lakukan. tetapi itu semua dianggap perkara yang remeh. bukankah kita diberi akal untuk berfikir tentang apa itu kehidupan? kehidupan itu kadang kala susah dan kadangkala ianya menjadi senang. senang sekiranya kita tahu bagaimana mengatur perjalanan hidup kita dengan sempurna. susah sekiranya kita tidak tahu apa punca utama untuk kita terus hidup. Allah memberi kita dua pilihan cara hidup. satu, hidup yang dipenuhi dengan dosa dosa. atau secara kasarnya memang sudah menempah neraka sebagai destinasi terakhir kehidupan ini atau pilihan yang kedua ialah hidup yang dipenuhi amal ibadat atau dalam erti kata lain, syurga pilihan terakhir.

aku tidak kata yang aku ni cukup hebat untuk menafsirkan tentang sebuah kehidupan. aku sendiri sering membuat kesilapan. bohong sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak pernah sekali pun membuat kesilapan. kadangkala, kita tidak sedar akan kesilapan yang kita lakukan. hampir setiap hari kita melakukan kesilapan itu. untuk itulah kita diberi akal untuk berfikir adakah wajar kita membuat kesilapan itu hampir setiap hari.? 

makna kehidupan itu amat luas. kita sendiri tidak mengetahui apa maksud sebenar kehidupan itu. hanya Allah yang satu tahu akan maksudnya. kita tidak berhak untuk menyoal apa yang Dia lakukan. 




sincerely,
farradza


whenmouthcantsayanymore.blogspot.com