Azhar ❤️ Farra


Met 👫: early january 2003
Couple 👼🏻: Never declare
Engaged 💍: june 2, 2013
Married ❤️: december 5, 2014
Have a kid 👶🏻: december 26, 2015
👶🏻october 3, 2017
👶🏻may 30, 2019

It shouldn't be

Assalamualaikum blogger.

First of all aku nak minta maaf kalau apa yang aku nak cakap ni akan buat korang terasa. Tapi ini adalah kenyataan.

Kadang kadang aku sendiri tak sedar yang aku pun ada jugak buat salah. Tapi kalau dah sedar better stop dari memalukan diri sendiri.

Pada aku lah. Pada yang dah berumah tangga tu. Korang tak sepatutnya jatuhkan maruah pasangan korang dekat facebook. Korang kena tahu apa tu facebook. Satu laman sosial yang boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Contohnya. If korang gaduh dengan pasangan, pada aku tak perlu kot nak post dekat wall. Atau nak memaki hamun pasangan korang dekat situ.

Kalau si isteri, bukan ke tu dah dikira derhaka pada suami dan si suami, bukan ke tu derhaka dimata Allah. 

Kalau nak gaduh, jumpa pasangan depan depan gaduh lah pepuas. Orang pun tak tahu masalah kau.

Kenapa kalau post dekat facebook tu boleh orang viralkan ke? Kau sedar tak secara sengaja atau tak kau dah viralkan dosa kau dekat pasangan korang.

Kalau ikut peredaran zaman, facebook tu memang perlu ada pada korang tapi tolonglah jangan salah gunakan. Kau nak post gambar kau dengan pasangan benda tu tak salah. Cuma jangan lah overpost sampai pasangan korang dekat atas katil pun kau post.

Maksud aku kat sini kita boleh je post gambar gambar kara kata. Tapi ada batasnya. Tak semua orang boleh post gambar atau kata kata sesuka hati.

Facebook aku sukahati aku lah nak post apa kalau tak suka block. Senang kan cakap macam tu. Kalau kawan kawan block kau, kau rasa apa perasaan kau.

Sehari dua, maybe orang boleh tolerate lagi. Tapi kalau dah hari hari, orang akan mula boring dengan kau.

Aku bab agama memang kurang tapi sekurang kurangnya ada orang yang boleh beri tunjuk ajar pada aku.

Husband aku yang jadi guru pada aku. Dia suami dia guru dia ketua keluarga. Aku hormat dia aku sayang dia. So tak de sebab untuk aku post pasal gaduh gaduh dalam facebook.

Banyak orang tanya kau dengan suami tak pernah gaduh ke farra. Asyik happy je.

Jawapan aku senang je. Tipu kalau suami isteri tak gaduh. Tapi perlu ke aku nak post dekat facebook nak bagitahu semua orang rumah tangga aku tengah ada masalah.

Aku tak malu dengan orang tapi aku malu dengan suami aku. Kalau dia boleh hargai aku kenapa tak aku.

So benda ni tak payah lah nak heboh hebohkan dekat facebook. Kita kena sedar dekat luar tu ada orang yang akan bersorak tengok rumah tangga kita retak.

Lagi satu Allah tu kan maha pengampun maha mengetahui. Dari korang dok berdoa dekat wall baik korang berdoa dekat Dia.

Aku tak baik tapi apa yang aku post ni berdasarkan pemahaman aku sendiri. Kalau ada buat korang trrasa aku memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

nak comment,comment je.:)