Hati selalu berkata bahawa aku boleh buat dan mampu membuat perubahan terhadap diri aku sendiri. Tapi bila ada mulut mulut yang berbicara, aku jadi lemah. Jadi kaku. Jadi kabur.
Adakah orang seperti aku ini boleh berubah?
Adakah orang seperti aku ini boleh memulakan kehidupan baru?
Adakah doa orang seperti aku ini akan Allah dengar?
Adakah dosa dosa silam orang seperti aku ini akan diampun oleh Allah?
Itu soalan yang kerap bermain di kotak fikiran aku.
Aku mula mencari diri aku. Aku mula mencari hidayah yang telah lama hilang dalam diri aku
Aku mula mencari Dia yang telah lama aku tinggalkan.
Syukur masih ada yang sudi membantu aku.
Rata rata keliling aku mula jauhkan diri dari aku hanya kerana aku ingin berubah.
Tapi aku tak pernah kesal tak pernah marah tak pernah sedih kerana apa yang aku pilih akan beri kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.
Pandanglah aku dengan pandangan kotor
Pandanglah aku dengan pandangan meluat
Pandanglah aku dengan pandangan menyakitkan hati.
Pandanglah aku dengan pandangan yang aku tak dapat tafsirkan.
Jujur aku kata, aku tidak terkesan dengan pandangan kamu semua.
Pada mula aku tidak yakin.
Tapi Allah maha segalanya kan.
Dia mampu mengubah rasa hati aku.
Hinalah aku
Makilah aku
Bencilah aku
Cacilah aku
Aku tak kisah.
Kerana Allah lebih menyayangi aku
Dan aku akan menghargai diri aku.
Aku tak baik
Aku jahat
Aku nakal
Aku liar
Tapi manusia berubah
Allah tak pernah menduga kita lebih dari kekuatan kita
Kehidupan lalu adalah cara Allah menguji aku
Aku tak ambil tahu cara kamu semua
Satu perkara aku pasti Allah menguji aku dengan jalan yang penuh berliku
Yang penuh duri
Yang penuh dosa
Supaya suatu masa akan aku jadikan pelajaran bagi diri aku sendiri
Rujukan untuk aku berubah di masa akan datang.
Orang kata dunia tu kejam.
Pada aku dunia tak kejam.
Tapi sikap manusia itu sendiri.
Manusia cepat menilai
Manusia cepat menyampai
Manusia cepat mengata
Manusia cepat menuding jari
Hakikatnya masing masing buat silap
Jangan kata kamu tak pernah buat kesilapan
Kita bukan Nabi Muhammad.
Bukan Siti Aisyah.
Bukan para Nabi.
Juga bukan para Rasul.
Tidak juga para Malaikat.
Kita manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan. Itu yang aku pasti



No comments:
Post a Comment
nak comment,comment je.:)