Wahai anak anak mak abah,
Andai kata suatu hari nanti, semua membenci kamu, ingatlah bahawa, Allah tak pernah benci kamu
Andai kata suatu hari nanti, semua mengatakan kamu bodoh, ingatlah. Yang menilai kamu adalah Allah dan amalmu.
Andai kata suatu hari nanti, semua orang memulaukan atau meminggirkan kamu, ingatlah. Allah sentiasa bersamamu.
Andai kata suatu hari nanti, kamu hilang tempat bergantung, ingatlah. Balik kepada Allah dan mohon lah sedalam dalam dan seikhlasnya.
Ingat lah anak anak bahawa Allah tu tak pernah tidur, tak pernah leka, tak pernah mengabaikan kamu. Minta dengan bersungguh sungguh insyaAllah Dia sentiasa membantu.
Mak dan abah tak mintak banyak, cuma jadi lah seperti nenek tipah dan nenek noi. Memberi dalam diam. Hadapi dugaan hidup dengan senyum. Sentiasa doa yang baik baik. Tidak pernah bersangka buruk. Tak pernah berdendam walau apa pun yang orang buat dekat mereka. Maafkan semua orang seikhlas ikhlasdari hati yang paling dalam ya sayang sayang mak abah.
Jangan mudah lupa diri dan alpa dengan kesenangan dunia. Kejarlah akhirat kerana diasana kita kekal selamanya. Jangan riak, jangan bangga diri, jangan menyusahkan orang. Mak abah bukan yang baik tapi kami usaha menjadikan kamu yang terbaik.
Mak abah akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua.
Harta yang tiada nilainya. Dunia akhirat.




No comments:
Post a Comment
nak comment,comment je.:)