Azhar ❤️ Farra


Met 👫: early january 2003
Couple 👼🏻: Never declare
Engaged 💍: june 2, 2013
Married ❤️: december 5, 2014
Have a kid 👶🏻: december 26, 2015
👶🏻october 3, 2017
👶🏻may 30, 2019

Allah tak kan uji



Allah tak kan uji kau kalau kau tak kuat. Allah tau kau boleh hadap segala dugaan yang Dia bagi. Hampir 5 tahun kawin, kami diuji dengan ujian yang pada aku boleh tahan berat dia. Bukan sebab husband ada perempuan lain, atau sebagainya. Tapi kami diuji dengan anak anak sakit. Dari akhir puasa sampai habis raya. Demam batuk selsema on off.  Ketiga tiganya serentak. Bila anak anak dah sihat, baru nak tarik nafas lega, kami diuji lagi. Ujian yang berat pada aku. Sepanjang anak anak sakit, aku n husband puas berperang. Perang mulut lain, perang ego lain, perang perasaan lain. Susah teramat untuk memahami hati masing masing. Walaupun sampai sekarang dia masih tak faham apa yang aku nak dan aku tak faham apa yang dia nak. Tapi itu yang buat kami bersatu. Bila dedua dah tenang, kami duduk berdua bincang slow talk apa patut buat dengan anak anak. Lepas tu buat keputusan sepakat apa yang kita perlu buat untuk masa depan anak anak. 

Selalu aku dengar orang nasihat aku" kau kena jaga jaga. 5 tahun pertama kawin, kau akan diuji suami ada perempuan lain. Nanti dia tinggalkan kau" atau ada yang cakap "pempuan zaman sekarang suka menyondol. Kau kena jaga laki kau". Bila aku cakap insyaAllah dia tak buat mcm tu. sebenarnya aku berdoa. Bukan belagak dia sayang aku sorang. Lepas tu orang bunyi mcm ni lagi "kau jgn percaya laki kau sangat. Lelaki ni pantang nampak pempuan dahi licin." Dah tu kalau aku jangan percaya suami aku, aku nak percaya siapa? Haihh. Aku jaga macam mana pun suami aku, kalau dia nak cari lain, dia cari jugak. Ustaz sendiri dah pesan cakap tu doa. Kalau isteri asyik cakap suami ada perempuan lain, mak jadi lah. Kalau isteri asyik cKap suami tu kaki perempuan, ha jadi lah dia. Mulut isteri tu kena jaga. 


Dugaan awal perkahwinan tu tak semestinya suami atau isteri curang. Tapi, Allah datangkan dugaan dalam pelbagai cara. Dia nak uji kita ni kuat ke tak. Alah ujian sekolah boleh hadap, tak kan ujian hidup kita nak elak. Semua manusia Allah uji. Bukan aku sorang.


Sincerely, farradza whenmouthcantsayanymore.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

nak comment,comment je.:)